Latar Belakang
Background
Latar Belakang
Memperkenalkan Malaysian Aid Agency Sdn Bhd. Diberi nafas baru dan ditukar nama pada Februari 2025, MAASB meneruskan legasi dengan menawarkan perkhidmatan kepada umum. Setelah lebih dua dekad beroperasi sebagai Muslim Aid Asia Sdn Bhd sejak 2004, sudah tiba masanya bagi syarikat ini menonjolkan identiti dan cara pandang Malaysia.
Penubuhan Malaysian Aid Agency Sdn Bhd berhasrat menyediakan landasan bagi rakyat Malaysia berganding bahu dengan masyarakat antarabangsa dalam menangani masalah kemiskinan dan kesengsaraan yang mendesak dan berulang di peringkat tempatan mahupun global, akibat daripada bencana semulajadi atau buatan manusia (banjir, gempa bumi, penyakit menular, kemiskinan, persengketaan, dan sebagainya).
Background
Introducing Malaysian Aid Agency Sdn Bhd. refreshed and renamed in February 2025, MAASB continues the legacy of offering services to the public. After two decades of operating as Muslim Aid Asia Sdn Bhd since 2004, the time has come for the entity to adopt a more Malaysian identity and outlook.
The establishment of the Malaysian Aid Agency aims to provide a platform and focus for Malaysians to join hands with the world community at large in tackling the persistent and recurring problems of local and global poverty and suffering, as a result of both natural and human disasters (flood, earthquake, endemic poverty, civil strife, war etc).
Ahli Lembaga Pengarah | Board Of Directors
Wan Rosli bin Wan Muda
Lulusan Rekabentuk Grafik dari Universiti Teknologi MARA, berpengalaman luas dalam bidang pengiklanan dan promosi. Beliau juga pernah menjadi Ahli Lembaga Pemegang Amanah sebuah yayasan kemanusiaan selama 20 tahun.
*******
A graduate of graphic design from Universiti Teknologi MARA, with a vast experience inn advertising and promotions. He has also served as a Board of Trustee of a humanitarian foundation for 20 years.
Habsah binti Marjuni
Lulusan Sains serta Pendidikan dari Universiti Teknologi Malaysia, berpengalaman luas dalam bidang penerbitan dan komunikasi. Beliau juga pernah menganggotai Lembaga Pemegang Amanah sebuah yayasan kemanusian dan juga menyandang jawatan sebagai Ketua Pegawai Operasi bagi yayasan tersebut.
*******
A graduate of science with education from Universiti Teknologi Malaysia, with an extensive experience in publishing and communication. She has also served as Board of Trustee for a humanitarian foundation as well as served as the foundation’s Chief Operating Officer.